Tuesday, April 4, 2023

Redoxon ~~ Bukan Iklan Berbayar

Assalamualikum,

Hari ni aku nk review pula mengenai supplement yg aku ambil seharian iaitu Redoxon.

Korang pernah dengar tak mengenai Redoxon Vit C?? Salah satu supplement terkenal terutama sekali yg memerlukan supplement tambahan untuk badan.


Triple Action Vitamin C


Sejarah Rodoxon 80 tahun mempunyai kepakaran dalam menghasilkn Vitamin C tambahan.

Bayangkan sejarahnya 80 tahun lamanya mengkaji keberkesanan produk mereka ini. 

Redoxon adalah suplemen multivitamin yang mengandung vitamin C dan zinc (seng) untuk membantu memelihara daya tahan tubuh.






Vitamin C yang terkandung dalam suplemen ini berfungsi sebagai antioksidan untuk menangkal radikal bebas. Sementara itu, kandungan zinc (seng) berperan untuk memaksimalkan kerja enzim di dalam tubuh serta menjaga daya tahan tubuh.

Selain itu suplemen ini berfungsi pula untuk mengatasi:

Redoxon Triple Action ini mengandung vitamin D sebanyak 400 IU.

Vitamin D dalam Redoxon Triple Action bekerja dengan cara mendorong kinerja sel darah putih dalam melindungi tubuh dari penyakit.

Aku gunakan Triple Action ni di sebabkan atas syoran dr pihak farmasi. Boleh je kalau nk makan yg Redoxon biasa tu cuna semuanya hanya alternatif pada vitamin dalam badan.

Sebenarnya aku xde lah nk puji sgt supplement2 ni semuanya cuma aku tau ada satu lagi jenama yg agak mahal menjadai viral juga iaitu Berocca. Since Mantan PM Dr M menggunakannya tak semestinya kita perlu mengikutnya juga dan tak semestinya ianya sesuai dgn kita.

Jadi selain lebih murah Redoxon adalah brand terbaik buat masa ni utk vitamin c tambahan dlm badan aku.. pada yg baru nk cuba2 Redoxon boleh di dapati di farmasi2 seluruh negara ok.

ok lah setakat ni aje. review aku buat adalah riview bukan berbayar semuanya adalah review atas pengalaman aku sendiri dan aku gunakan sehari harian.

Ok peeps chauu chinn chauuuuu....









Wednesday, March 29, 2023

Darah Tinggi & Kencing Manis

 Assalaamualaikum,

Kali ni just nk kongsi cerita pasal diri sendiri Lebih kepada nk share sikit pasal pengidap darah tinggi dan kencing manis.

Ikutkan aku ni dah lama diagnose dengan darah tinggi yg agak tinggi dari normal. Selama ni asal pergi klinik swasta pasal sakit kepala (terutama sekali belakang leher belah kanan) confirm doctor akan cakap tekanan darah terlalu tinggi.

Mcm biasa bila doc bg ubt aku sll je skip2 nk makan. Sehinggalah pada tahun 2022, rasa badan pun makin xselesa so pergi jugalah berkunjung ke Klinik Kesihatan di UTC Sentul.

As usual laa kalau dh namanya hosp atau klinik kerajaan mmg lamalaaahh menunggu. Satu je yg bagus bila kita didiagnose dgn penyakit2 ni semua akan ada jadual pemeriksaan kesihatan berkala setiap bulan. Mcm aku ni didiagnose darah tinggi dan juga diabetic (kencing manis).

Pendekkan cerita aku cuma nk cerita bab2 ubat yg mereka beri bagi mengawal tahap darah dan gula dlm badan. 

1. Ubatan Darah Tinggi


HOVASC 5MG

Masa mula2 darah tinggi aku diberi makan ubat ni. Ubt ni aku ambil SELEPAS MAKAN. 


HOVASC 10 MG

Setelah bbrp kali temujanji dgn doc tahap darah tinggi aku masih xterkawal jadi doc mula tukarkan dos lebih tinggi 10 mg. Jadi yg 5 mg aku dh xmakan lagi. So far so good. Aku perlu ambil 10mg ni juga SELEPAS MAKAN. 

2. Ubatan Kencing Manis (Bkn kritikal)







GLUCOXIT TABLET 500MG

Setiap pengidap kencing manis pasti akan dapat ubat ini..Yg bagusnya ubt ni bukan hanya utk merawat kencing manis tetapi juga untuk membina kekuatan tulang (ni doc yg cakap kandungan ubt ni termasuk sekali utk membina semula otot dan tulang)

Macam aku perlu ambil ubat ini 2 biji setiap kali SELEPAS MAKAN  2x dalam sehari. So maknanya sehari 4 biji. Serius aku xsuka rasa ubt ni bila letak kat lidah masa nk telan dengan air. Hehehe

Kedua2 ubat darah tinggi Hovasc 10mg dan kencing manis Glucoxit 500mg ni aku ambil setiap kali SELEPAS MAKAN. 




REMICRON MR 30 MG

Ok sama gak keadaan mcm ubt darah tinggi. Kencing manis aku pun agak tinggi dr normal. Since statik xturun2 doctor mulalah menambah jenis ubt alternative lain. Kali ni doc suruh aku makan ubat kencing manis ni SEBELUM MAKAN tetapi perlu memastikan 30 minit selepas tu aku perlu cepat2 mengambil apa2 makanan untuk elakkan badan aku hypoo atau lemah menggigil disebabkn ubt ni doc cakap akan dropkn kencing manis aku cepat. 


Aku xigt nama ubt ni tetapi ini adalah ubat untuk kawalan kolesterol. Hanya perlu diambil 1/2 biji dan diambil waktu malam SELEPAS MAKAN bersama2 ubt kencing manis Glucoxit 500mg.

Aku just post kat sini just utk share2 pengalaman aku sebagai pengidap darah tinggi dan kencing manis (terkawal) 
Nasihat aku sng je kawal pemakanan dan kalau rasa dh di diagnose dgn penyakit ini jgn lah skip makan ubat. 

Semoga bermanfaat. Chauuu chinnnn chauuuu 😁😁😁❤❤❤


Saturday, March 18, 2023

Sunway Lost World of Tambun - 2023


 Assalamualaikum

Kali ni lain sikit kita xnak review bab ubat2an dan sebagainya. Just kita nk share pengalaman terbaru cuti2 Malaysia sempena cuti2 sekolah tahun 2023.

Ikutkan ini trip kali kedua kami sekeluarga bercuti ke Lost World of Tambun ni. Kali terakhir pada tahun 2016 (lama gak lah kan dah hampir 7 tahun)

Dan inilah holiday betul2 kami sekeluarga luar dari Kuala Lumpur semenjak Covid melanda lepas tu kena MCO dan macam2 lagi so kira trip ni mcm excited jugalah walau kami dh pernah pergi sebelum ni.

Ok jum saya review sikit pasal Lost World of Tambun ni.

Pemiliknya as ramai dh tau under Sunway Berhad . So selain Sunway Lagoon yg ada di Lembah Klang, which is terlalu sesak juga boleh lah choose ke Ipoh especially tambun.




As usual benda pertama saya akan cari adalah tiket masuk ke Lost World ni, Untuk pengetahuan semua kalau beli dari laman web Sunway Lost World of Tambun memang agak mahal sedikit, tetapi ada lagi tempat boleh dipercayai dan untuk mendaptkan tiket2 pelancongan murah seluruh negara adalah melalui laman web KLOOK.

Untuk lebih pencerahan mengenai tiket2 murah Lost World of Tambun ni bolehlah lawati laman sesawang Klook di KLOOK




Seperti yg saya katakan beli di lawan web LWOT mmg agak mahal. Boleh tengok harga tiket mereka di LWOT tix

Berbanding pula dengan yg di tawarkan di klook yg jauh lebih murah, jadi pilihan di tangan anda ya. 

Kami sekeluarga memilih untuk menginap di bandar IPoh which is lebih selesa dan meriah dan yg penting harga berbaloi. SAya memilih utk menetap di Kinta Riverfront Hotel & Suite. Dan ini juga adalah kali kedua kami menginap di sini. Kalau zaman 2016 tu kami ambil bilik hotel kali ni pula kami ambil Suite Apartment 3 bilik mereka pula. Lupa Tarikh kami pilih adalah 3h2m (ahad - selasa ) 12hb March to 14hb MArch 2023.

Lebih berbaloi2 sebenarnya untuk kami 8 sekelaurga ambil apartment ni yg bersambung bersebelahan dgn Hotel mereka juga. 





Kesemua 3h2m ni harga penginapan booking gunakan Agoda adalah rm900 sahaja. Tgk keadaan apartment mereka dijaga bersih, semua tersedia, sofa bilik setiap katil diberi 2 bantal. Mean serba serbi semuanya cantik dan menarik dan yg penting bersih.






Antara Agoda dan booking, saya rasa gunakan Agoda lebih berbaloi xtau kenapa sllnya Agoda lebih sedikit murah dari booking. Hanya pendapat saya anda boleh gunakan platform2 lain untuk dapatkan harga lebih murah. 

Ahad 12hb March 2023

Perjalanan bermula dari rumah kami di Kuala Lumpur gunkaan 2 kenderaan. 1 kenderaan adik dan family serta kenderaan saya sendiri bersama emak dan anak2 buah (biasanya anak2 buah ni mmg kaki mengekor makngah xnak plak dia naik ngan parent depa aduhaiii.

Ikutkan pilihan hari adalah waktu yg sesuai tanpa kesesakan jalan raya, so mmg btllah tiada kesesakan saangta tp banyak kereta juga menghala ke utara.

Perjalanan memakan masa sepatutnya hanyalah 2 jam lebih, nak dijadikan cerita masing2 melewa2 jam 12 baru nak gerak keluar rumah, berhenti2 lagi di stesen minyak shell jln duta (port stesen minyak wajib berhenti sebelum jln ke arah utara untuk beli jajan2)




Since dari zaman dahulu kalau jalan jauh makan angin camni ibu kesayangan x kan pernah x prepare makan2 (mcm org pergi berkelah tu) complete nasi lemak dgn siap air coway dan sirap bagai. Bonda dh menganjak usi 70an tapi masih gigih dan kuat excited juga nk berjalan2 dgn cucu2 dan anak2 semua (since muda bonda saya mmg dh biasa travel jauh2 dgn arwah ayahanda) kami anak2 dh biasa travel sambil santai2 memandu. No rush sbnrnya niat hanya utk sampai ke hotel apartment penginapan saja check in pun dalam jam 3ptg. (Kami plan nk masuk LWOT pada hari Isnin untuk elakkan kesesakan seperti hari weekend biasa) 

Mayb kerana cuti2 sekolah lagi keadaan jalan raya tidaklah lengang mana mmg sesak juga tapi tidaklah perlahan, berbanding yg menghala ke arah selatan (KL) mmg jem teruk sesak dan tidak bergerak esp yg berdekatan exit keluar tapah or simpang pulai (ni mesti ramai yg cuti2 gi camroon highland ni)

Kami samapi ke Kinta Riverfront Hotel and Suite kira2 jam 4.30ptg. Masing bawa berhemah tapi sebenarnya nk elak kena speedtrap yg which is tau byk je sepanjang jalan ke utara ni..hahahah

Proses pendaftaran masuk smooth je. Bellboy pun ada membantu menghantar kemai ke Suite Aprtment bersebelahan ada laluan link ke apartment yg bersambung dgn hotel. 
Xjauh pun seronok ikut laluan tu pasal dpt tgk keadaan keseluruhan hotel dan apartment ni. 

Apartment kami di tingkat 17. 

Ok malam tu kami xg mana2 pasal bonda dh prepare bawa portable stoove siap cutleries bagai bawang cili opi minyak milo sardin roti telo megie beras pergghhh dan lain2 lagilaaa

Malam ni makan malam kami adalah sambal tumis sardin marvelousss oiiii nikmatnya makannnn (love u bondaaaa)


Isnin 13hb March 2023

ok make it short laaaa, kami breakfast di lobby hotel, tak pernah mengecewakan bfast bufet hotel ni, omelette makan smp 3 tau hahaha bestnyaa roti bakat bagi jenama buttercup yg kecil2 tu nmpk agak mewah sikit bab ni,jarang hotel nk sediakan buttercup kecik2 camtu tuk pelanggan2 mereka. (bfast tu xdpt nk describe byk sgt ada few pic je sempat snap hahah)




                                    
                                    ANTARA ANAK2 BUAH KESAYANGAN MAKNGAH 



Selepas bfast kami perlu bersiap2 segera untuk ke Lost World of Tambun. Perjakan ke Tambun dari hotel tidaklah jauh mana hanya memakan masa dalam 25 minit tapi since waktu hari bekerja ada few jalan yg agak sesak. Dgn traffic light dan sebagainya.




Akhirnya setelah 25 minit perjalanan kami sampailah di LWOT. Terkejut gak lah ingatkan tiadalah ramai sgt org time2 weekdays ni rupanya tekaan kami salah hahaha penuh sesak juga lot parking dan dh kelihatan ramai org beratur untul tukarkan tiket onlibe pada tag tangan sebelum boleh masuk ke LWOT.

Utk pengetahuan masuk ke parkign tidak dikenakan bayaran ya hanya bila keluar shj mereka kenakan parking rm1.

Sila sediakan kad pengenalan masing2 ya sbelum tukar. Yg pasti nk pastikan kita xmenipu masa pembelian tiket dewasa dan kanak2 ataupun anda warga malaysia atau pun org luar negara (harga mereka berbeza)

Proses xlama dpt tag tangan pergi depan pintu masuk ada org2 LWOT akan pasangkan tag tgn tu.




Pastikan jangan bawa apa2 brg makanan di dalam ni, macam biasa mana2 theme park kita g mmg xbenarkan makanan dan minuman dr luar di bawa masuk. Jgn risau makanan dan  minuman yg dijual didalam LWOT ni sangat berbaloi sedap dan tidak semahal yg di jual di Sunway Lagoon. 

So selebihnyaa bolehlah lawati website LWOT pasal excited punya pasal byk pic dan vid xsempat ambil

Owh lagi satu semua permainan di dalam LWOT ni adalah percuma KECUALI rumah hantu kena bayar rm10 ya untuk masuk.







Ihsan Google: Kedai2 yg ada sedap2 je makanan dia


Sewa tube rm20 + rm10 deposit (return) boleh main kat sini


Kopitian paling Popular Jalan sikit Jumpalah kopitiam ni Kopi sedapp ooo




Ikutkan waktu ni mmg panas lit lit sgt2.. Nasib baik byk tempat duduk dan selesa ada kipas. Kalau x maunya xtahan duduk dlm ni. Apapun kami semua enjoy dalam ni ralit tgk2 jam dah nk jam 6 dan dlm kolam utama ada hiburan siap dj mengakhiri hari, dan tgk ada ramai lagi yg masuk untuk ke kolam air panas pula bermula dari jam 6ptg. Owh tiket yg dibeli di klook termasuk sekali dengan kolam air panas dan pertunjukan show malam ya. Tapi kami semua dh kepenatan jadi xtggu sampai malam laa. Siap2 pergi bersihkan diri di tempat mandi khas tuk salin pakaian semua. 

Jam 7 ptg semua dah siap dan masing2 bergerak lah pulang ke apartment kami ke Kinta Riverfront. Penat ooo badan sbnrnya. LAgi satu peringatan kalau dah masuk dalam xdibenarkan untuk kelaur sekejap ke apa ke consider kita tak boleh masuk balik tau. So pastikan semua brg2 dah di bawa masuk ok. DAH KELAUR TAK BOLEH MASUK BALIK INGAT NI.

Waktu malam kami dinner masing2 xde idea nk kelura malas. Ada yg nk makan megi ada yg makan roti, adik ipar decide nk turun tgk2 kedai di seberang sungai kinta ada mcm hiburan kat bawah tu berdekatan sungai kinta tu. Depan tu boleh nampaklahh kedai mat letop tah ape tah nama nya xigt mcm2 ada jual; adik ipar beli tapau bawak naik ke apartment, macam2 ada western ada grg2 ada ..beli bbrp chicken chop dan bbrp meatball serta kuay teow grg.

Seyes sedap ooo makan2 mat ni..alahai lupa la nama dia tp dr bilik hotel nmpk la kedai ni dr verandah.

Selasa 14hb March 2023

Time to go home, short make it simple bufet bfast masih di hotel. MAkanan mereka suprb sedap mcm biasa. Lupa nak beritahu variety food yg mereka ada. Ada mee sup mee kari bubur nasi salad2 nasi lemak mee and meehoon grg western bfast sosej omelette baked bean roti2 kuih2 mereka agak sedap muffin red velvet sgt2 sedap lembut, ada kopi tea apple and orange juice biskut2 half boiled egg dan mcm2 lagi lahh xsempat merayap kt bahagian luar2 sana heeee

Jam 11.30pagi kami siap berkemas dan check out dr apartment. serahkan kunci dekat lobby bellboy tlg angkut brg2 kami semua sampai ke parking di basement.

Jalan menuju balik ke kuala lumpur memakan masa agak lama juga kami berhenti lunch dia RNR dan sebelum sampai persimpangan serendah jem truk tiba2. (sebenarnya xde idea kenapa tiba2 sesak sedangkan sblm tu jalan smooth je) rupanya ada kes kemalangan trelet gi hentam belakang kereta suv dinaiki satu family berdekatan area rawang sana. (itupun sy dpt tau kes ini keesokan harinya selepas tgk tiktok. Alhamdulillah mmg kereta tu teruk total lost tapi family tersebut selamat ada lah kecederaan yg kesiannya aaank2 kecil ramai kot) 

Nampak sgt treler tu laju nak matey bahlol sungguh. Dgr cara dia brek kuat sgt2 sebelum hentam kereta tu. Padahal waktu tu kenderaan lain semua slow dan ada yg sedang statik berhenti kerana jem. Haiz ni yg fobia tgk kenderaan besar2 ni kalau ddk line blkg kita. 

Apapun semuanya selamat walau lewat smp ke kl dalam jam 6 lebih. 

Mohon maaf kalau ada kekurangan info dlm catatan ni.Bebelan byk maklumlaa percutian pertama setelah dh lama xbercuti sekeluarga sejak PKP covid ni semua kekok plak jadinya.

Saya ucapkn terima kasih. Wasalam









Friday, July 30, 2021

Flanil ~ Bukan Iklan Berbayar

 Assalamualaikum,

Ok review kedua berturut2 dalam masa sehari, dan kali ni review untuk ubat krim sapuan luaran kedua selepas Krim Susu Kambing. Flanil Analgesic Cream.


Aku rasa Fanil ni agak terkenal untuk semua, terutama mmg kaki yg jenis suka g klinik2 atau hospital selalunya kalau kes2 serupa cam lenguh2 anggota kaki tangan otot2 mmg doctor akan bagi Flanil ni.

Tapi bagi yg tak biasa guna atau tak pernah guna atau just dengar2 gitu je pasal Flanil ni so bolehlah baca asal riview aku yg so so sendu ni.

Selain Krim Susu Kambing alternatif boleh guna untuk muscular pain atau sakit2 otot adalah Flanil. Untuk pengetahuan semua Krim Susu Kambing dirumus secara perniagaan kecil sederhana sedangkan Falnil ni adalah keluaran syarikat farmaseutikal besar dalam Malaysia (mayb dunia)

So dua2 Krim Susu Kambing dan Flanil pengunaan nya adalah lebih kurang sama sapuan luar yer jangan dimakan pulak. Fanil ni bahan chemical mungkin lebih moden jadi Flanil ni agak berkesan bagi yg alami sakit2 otot melampau. 


Untuk yg beragama Islam jangan ragu2 yer Flanil ni dijamin halal dari Jabatan Agama Islam Negara Thailand tanpa penggunaan bahan2 dari sumber haiwan. Dan since boleh didapati di seluruh klinik2 kerajaan swasta jadinya mestilah dapat pengesahan dari KKM ye tak?

Harga Flanil ni sekitar rm20 gitu ikut tempat lah ya. Jgn igt pula kalau murah belas2 tak ori, mmg range harga dalam harga tu je.


Kalau beli dalam kotak lah so dalam dia dalam bentuk tiub mcm gambar kat atas tu, aku amik mak aku nya so dah berkurangan isi kecut camtu hahahaha pakai sikit je pun dah rasa panas2 sejuk krimni, so jgn plak setiub tu hang guna skaligus ya.

Rating : 10/10 (ubat sapu2 ni best tuk sakit otot badan ya)

Ok laa peeps chau chinnn chauuuu muahhhhh

Krim Susu Kambing ~ Bukan Iklan Berbayar

 Assalamualikum, Salam PKpppppppppp (aduhhh bila nak lepas bebas ni)

Lama tak buat review new item yg biasa aku atau family aku guna. Ok kali ni nk review lah krim ni, KRIM SUSU KAMBING. 

bab kambing ni kan org Malaysia mmg tk asing dlm penggunaan barang2 yg di hasilkan dari haiwan bernama kambing ni kan.

Krim ni sebenarnya dah lama mak aku guna, ni sejenis krim sapuan yer tuan n puan bukan krim susu boleh di makan (aku tak bertanggungjawab kalau korunk nk makan eh)




 Krim Susu Kambing ni penggunaan dia khas untuk external used only penggunaan luar bukan untuk di makan dilarang sama sekali makan yer. 

Penggunaan krim ni memang sedap berangin je mcm minyak2 urut yg lain tapi beza nya krim ni dia tak melekit dan bila kebas2 ke sakit perut kembung perut and untuk warga2 emas amat sesuai skali. Kanak2 pun boleh tapi better gunakan sedikit sahaja pasal ubat ni krim sapu so menthol tu dlm kandungan krim ni memanaskn tempat kita sapu. 

Aku mula2 beli krim ni masa aku g negeri kat utara nun kat alor star untuk spesifik, masa tu saja2 la lalu kt pekan rabu tu melawat2 ternampak ade sorg makcik ni dok peramah sgt dia dok main calit2 kat tangan kita (amboi makcik igtkn calit mende la kan) hahah 

Dah rasa mcm berangin sedap panas2 tu mak terus nk beli so dari situlah mula pakai krim ni.

Ikutkn sekarang dah dekat 8 tahun guna krim ni, tapi untuk pengetahuan semua x semestinya nk beli krim ni kena g kedah sanun, zaman ni klik2 je sampai nooook, shoppee ade lazada ade semua tempat yg korunk tau nk order2 online semua ade rasanya.

Tapi aku sll skang order melalui shoppee, perlu aku ingatkan yer hati2 membeli melalui talianni, tak semua barang2 tu ori byk tiruan juga ya. Untuk lebih spesifik aku sllnya tgk nama pengeluar tu PERNIAGAAN WARISAN BELANTARA. tapi mcm aku cakap tiruan pun ade so kalau nk beli ikut botol yg aku dh paste tu, ramai je penjual tapi ikut lokasi lah yer mana yg sesuai korunk klik order je.


Untuk yg ragu2 kandungan apa dalam krim ni boleh baca yg aku paste tu, so krim ni untuk pemggunaan apa pun dh tertulis tu, krim ni murah je kalau beli online boleh dapat dalam harga rm5 to rm7 sahaja. Mahal dari tu aku x recommended pasal harga memang among tu jek.

Rating : 10/10 (berkesan lebih2 untuk yg kebas2 dan kembung perut)

Ok done review aku chau chinn chauuuu.. cheersss guys stay safeee~~

Friday, March 19, 2021

Gigi Berlubang Berdenyut2~~Sakit Gigi @ Gusi

Assalamualaikum,

Dah bbrp hari x update blog kan, bukan pe sebenarnya aku sakit gigi. Igt x last post pernah tulis telan ponstan painkiller pasal sakit gigi?? Kali ni dh bertambah teruk selepas bbrp hari even ponstan yg selama ni kita bergantung untuk redakan kesakitan pun xberfungsi.

Ok semalam aku dh xtahan sangat gigi geraham ni dh berlubang tp xdela selama ni gigi aku berlubang akan dapat sakit teruk berdenyut2 cam namatey weiii ☹️

Selalunya mula2 dia sakit kalau ade makanan tetiba kunyah termasuk dlm lubang tu mmg sakit lah, pastu dia akan reda dan sllnya gak xdelah smp ganggu waktu tdo.

Semalam mmg paling teruklah, dia punya sakit ya Allahhhh mcm aku rasa nk amik playar nak cabut dia tarik sampai ke urat kepala, aku smp dh meraung2 sakit serba salah semua xleh berfungsi, kumuh dgn listerin la air garam la cungkil2 ngn jarilah at the end denyutan makin kuat dan mmg dah tahap nk mati!!  (seyes wei sepanjang umur aku xpernah ada masalah ni walaupun gigi aku ade je yg berlubang tggl tunggul semua tu xde smp sakit namatey ni.

Petang semalam start enjin kereta aku pergi ke klinik gigi Dr Parmjit di jalan sentul. pasal aku tgk review doc incharge adalah anak saudara dr pritam iaitu doc jaspreet. serius aku cakap klinik gigi ni yg terbaik. 

Biasalah kalau dh namanya shoplot dua tiga kali gak la aku tawaf dgn sakit2 urat kepala gigi ni nk cari parking end up aku park je depan kedai makan cina 100m jauh dari klinik. Nasib aku baik walk in je xramai org hanya sorang pesakit je dr jaspreet tgh rawat.

Since aku ni walk in je so kenalah lalui proses daftar pesakit baru kan. mcm biasa gigi hawau ni on off laaa tapi psycho kan smp klinik je gigi reda. Cam hawau!!

Tapi aku xnak tertipu perangai gigi ni aku dpt giliran agak cepT gakla xsmp 10 minit tggu. Bila tgk doc jaspreet lawa nya doc perempuan punjabi ni, peramah plak tu, lembut je cakap BM pun xpelat mcm sesetengah org yg mengaku org msia tp cakap BM pun cam bdk tadika baru nk masuk sekolah!! 

Doc jas borak2 skit tanya latar belakang (mayb psycho kan maklumlah dia pun faham ramai org xkiralah dewasa atau kanak2 mmg xsuka jumpa doc gigi gerunn weii termausk aku hahahahπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚) So dia kata dia cuma akan tgk kondisi gigi aku dulu. Since aku tgh kesakitan kan mmg xleh la nk suggest cabut trus.

Agak pro gak la laju je dia bg arahan tang mana gigi aku elok ke x elok ke part mana yg sakit part mana yg prob bla bla. sekejap je than dia cakap tmpt yg sakit tu gigi aku dh berlubang tapiiii masih kuat dan percent gigi yg tggl masih banyak. Nak tampal xboleh jadi dia bagi dua option pertama cabut dan kedua rawatan akar pasal katanya mmg akar aku prob. Aku tanya masa dia suggest, dr jas suggest rawatan akar pasal kalau buang gigi rongak dan dh xcantik lagipun masih byk lagi gigi aku yg tggl. Rawatan akar agak costly skit dalam seribu lebih katanya berbanding cabut. 

Ok bab duit tu aku xde masalah sgt boleh je, so aku terimalah option rawatan akar tu. Tapi doc jas cakap buat masa ni dlm seminggu dia hanya akan beri aku ubt redakan kesakitan sampai bila dh btl2 aku dh xde sakit barulah dtg semula ke klinik san berbincang pasal rawatan akar.

Ok kali ni aku citer pasal bab ubt yg dr jas beri lah. Seriusly semalam aku dh boleh tdo lena skit dan harini bertambah abik walau ade sengal2 tu. Yela maklumlahh akar aku prob kan mayb ade nanah dlm tu dr jas beri dua jenis antibiotik (Amixicilin makan 2biji 3x sehari) dan (Metrogyl 400mg 1biji 3x sehari gak) dua2 selepas makan...

Satu lagi jenis ubat dia beri adalah ubt bengkak swelling nama dia Papain . 1biji 3x sehari gak setiap 8jam.

Pastu ada satu jenis painkillet dr jas suruh aku beli di farmasi harga dia pun agak mahal iaitu Arcoxia 90mg .. ubt ni painkiller paling kuat dr jas cakap so aku kena makan sebiji sahaja sehari. Dr jas beri preskription pada aku utk tunjuk kat ahli farmasi pasal ubt kawalan mmg xleh beli tanpa surat dr. Agak mahal dlm satu pek ade 10biji rm42 (ahli healthlane)

At the end smp time aku tulis ni mmg dpt rasa lah xde sakit dah mmg tenang xlah meronta2 nk hantuk kepala bagai. Alhamdulillah semoga aku dot pulih sepenuhnya. Kenalah habiskan antibiotik semua yg dr bagi kan.



Amoxicilin Antibiotik



Antibiotik Metrogyl 400mg


Papain (Beazyme)


Arcoxia ( painkiller yg kuat beli di farmasi aats surat doctor shj)



Untuk semua yg bermasalah gusi gigi sakit sampai ke urat kepala aku bagi nasihat jgn tggu, kalau kata takut jumpa doc aku org pertama kat dunia sanggup lari dr tgk jarum kat klinik tu. Tapi aku hilangkan ketakutan disebabkan kesakitan. Igt yer sakit gugi gusi bukan boleh bawa main boleh hilang nyawa juga igt tu. Doc xkan suka2 cabut depa akan beri kita ubat dahulu kemudian barulah kita buat keputusan bila dh reda kesakitan samada nk rawat atau x gigi tersebut.

Owh pada yg tertanya2 klinik doc jaspreet ni kat mana boleh google KLINIK PERGIGIAN PARMJIT jalan sentul pasar KL. Trust me doc jaspreet mmg terbaik.

Chauuu chinnnn chauuuuu 😘πŸ₯°πŸ₯°


Friday, March 12, 2021

Ponstan / Pontalon ~ Pain Killer atau Silent Killer?

 




Assalamualaikum,

Review pendek je just pasal tadi aku baru sat makan benda ala ni!!Kepala aku sakit lerrrr😫😫

Just nak bagitau benda ni adalah sejenis ubat kawalan sejenis ubat menahan sakit contoh sakit gigi, sakit kepala, senggugut mean menahan sakit lah. Tapi apa yg aku nk review ni sebenarnya lebih kepada pesanan khidmat masyarakat.

Untuk pengetahuan semua aku jenis yg selalunya mengalami sakit kepala yg teruk, salah satu sebab pun pasal aku ni ada darah tinggi skit, sikit je tp masih tahap darah tinggi yer!!

Aku jenis manusia paling malas dgr cakap doc, lebih2 lagi kalau bab2 menahan sakit ni. Solution aku selalunya aku akan telan ubat ni, byk nama tp selalunya aku g farmasi aku akan cakap nk ponstan at the end dia akan beri aku Pontalon ni lebih kurang sama jenama je lain.

Aku cuma nak pesan yer jangan ikut perangai buruk aku ni, pada yg baca blog aku ni jgn bergantung pada pain killer camni atau sewaktu dgnnya. Pergilah berjumpa doc dan paling mujarab kita jaga diri masing2 amalkan pemakanan yg sihat dan diet seimbang.πŸ˜‹πŸ˜‹ 

Ponstan / Pontalon ni byk jenis. Selalunya yg aku makan jenis yg ni 500mg sebiji. Dan ini hanya di makan sebiji ya aku bgtau sebiji jgn gatal nk telan dua biji plak!!! 😀😀

Aku dh amalkan makan painkiller ni sejak dari zaman Univ lagi, yer aku mmg ada darah tinggi dan aku mmg xde masa nk g jumpa doc bila
pergi je depa akan bg aku ubt darah tinggi dan xleh stop makan ubt tu. (pada semua
tolong lah dgr apa doc cakap jgn degil macam aku ni) πŸ˜”πŸ˜”

Ponstan / Pontalon selama ni mmg mujarab tuk aku, tapi aku nk bagitau ubat ni mmg xbagus dan xelok sgt2 di amalkan. Sekali sekala boleh tp bukan setiap kali sakit makan.. Dia pembunuh dalam senyap, apa yg aku dgr mungkin bakal rosakkan system buah pinggang atau hati bla bla.

Ok aku xmo lebih dari doc cuma apa yg aku nk pesan sape yg pernah makan ubat painkiller camni tolong jangan amalkan macam makan nasi yer. Utk aku plak aku dh kurang makan painkiller ni pasal aku dh dpt seimbangkan diet seharian aku dan jaga kesihatan dgn baik so aku kurang dpt sakit kepala lately.

Apapun yg masih amalkan tu igt buat pemeriksaan doctor secara berkala ya, ni bukan gula2 masalah akan timbul nnt kendian hari. Apapun jaga kesihatan diri masing2 😁😁😊

Chau chinnn chauuu peepsss πŸ₯°πŸ₯°


Redoxon ~~ Bukan Iklan Berbayar

Assalamualikum, Hari ni aku nk review pula mengenai supplement yg aku ambil seharian iaitu Redoxon. Korang pernah dengar tak mengenai Redoxo...