Friday, March 19, 2021

Gigi Berlubang Berdenyut2~~Sakit Gigi @ Gusi

Assalamualaikum,

Dah bbrp hari x update blog kan, bukan pe sebenarnya aku sakit gigi. Igt x last post pernah tulis telan ponstan painkiller pasal sakit gigi?? Kali ni dh bertambah teruk selepas bbrp hari even ponstan yg selama ni kita bergantung untuk redakan kesakitan pun xberfungsi.

Ok semalam aku dh xtahan sangat gigi geraham ni dh berlubang tp xdela selama ni gigi aku berlubang akan dapat sakit teruk berdenyut2 cam namatey weiii ☹️

Selalunya mula2 dia sakit kalau ade makanan tetiba kunyah termasuk dlm lubang tu mmg sakit lah, pastu dia akan reda dan sllnya gak xdelah smp ganggu waktu tdo.

Semalam mmg paling teruklah, dia punya sakit ya Allahhhh mcm aku rasa nk amik playar nak cabut dia tarik sampai ke urat kepala, aku smp dh meraung2 sakit serba salah semua xleh berfungsi, kumuh dgn listerin la air garam la cungkil2 ngn jarilah at the end denyutan makin kuat dan mmg dah tahap nk mati!!  (seyes wei sepanjang umur aku xpernah ada masalah ni walaupun gigi aku ade je yg berlubang tggl tunggul semua tu xde smp sakit namatey ni.

Petang semalam start enjin kereta aku pergi ke klinik gigi Dr Parmjit di jalan sentul. pasal aku tgk review doc incharge adalah anak saudara dr pritam iaitu doc jaspreet. serius aku cakap klinik gigi ni yg terbaik. 

Biasalah kalau dh namanya shoplot dua tiga kali gak la aku tawaf dgn sakit2 urat kepala gigi ni nk cari parking end up aku park je depan kedai makan cina 100m jauh dari klinik. Nasib aku baik walk in je xramai org hanya sorang pesakit je dr jaspreet tgh rawat.

Since aku ni walk in je so kenalah lalui proses daftar pesakit baru kan. mcm biasa gigi hawau ni on off laaa tapi psycho kan smp klinik je gigi reda. Cam hawau!!

Tapi aku xnak tertipu perangai gigi ni aku dpt giliran agak cepT gakla xsmp 10 minit tggu. Bila tgk doc jaspreet lawa nya doc perempuan punjabi ni, peramah plak tu, lembut je cakap BM pun xpelat mcm sesetengah org yg mengaku org msia tp cakap BM pun cam bdk tadika baru nk masuk sekolah!! 

Doc jas borak2 skit tanya latar belakang (mayb psycho kan maklumlah dia pun faham ramai org xkiralah dewasa atau kanak2 mmg xsuka jumpa doc gigi gerunn weii termausk aku hahahahπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚) So dia kata dia cuma akan tgk kondisi gigi aku dulu. Since aku tgh kesakitan kan mmg xleh la nk suggest cabut trus.

Agak pro gak la laju je dia bg arahan tang mana gigi aku elok ke x elok ke part mana yg sakit part mana yg prob bla bla. sekejap je than dia cakap tmpt yg sakit tu gigi aku dh berlubang tapiiii masih kuat dan percent gigi yg tggl masih banyak. Nak tampal xboleh jadi dia bagi dua option pertama cabut dan kedua rawatan akar pasal katanya mmg akar aku prob. Aku tanya masa dia suggest, dr jas suggest rawatan akar pasal kalau buang gigi rongak dan dh xcantik lagipun masih byk lagi gigi aku yg tggl. Rawatan akar agak costly skit dalam seribu lebih katanya berbanding cabut. 

Ok bab duit tu aku xde masalah sgt boleh je, so aku terimalah option rawatan akar tu. Tapi doc jas cakap buat masa ni dlm seminggu dia hanya akan beri aku ubt redakan kesakitan sampai bila dh btl2 aku dh xde sakit barulah dtg semula ke klinik san berbincang pasal rawatan akar.

Ok kali ni aku citer pasal bab ubt yg dr jas beri lah. Seriusly semalam aku dh boleh tdo lena skit dan harini bertambah abik walau ade sengal2 tu. Yela maklumlahh akar aku prob kan mayb ade nanah dlm tu dr jas beri dua jenis antibiotik (Amixicilin makan 2biji 3x sehari) dan (Metrogyl 400mg 1biji 3x sehari gak) dua2 selepas makan...

Satu lagi jenis ubat dia beri adalah ubt bengkak swelling nama dia Papain . 1biji 3x sehari gak setiap 8jam.

Pastu ada satu jenis painkillet dr jas suruh aku beli di farmasi harga dia pun agak mahal iaitu Arcoxia 90mg .. ubt ni painkiller paling kuat dr jas cakap so aku kena makan sebiji sahaja sehari. Dr jas beri preskription pada aku utk tunjuk kat ahli farmasi pasal ubt kawalan mmg xleh beli tanpa surat dr. Agak mahal dlm satu pek ade 10biji rm42 (ahli healthlane)

At the end smp time aku tulis ni mmg dpt rasa lah xde sakit dah mmg tenang xlah meronta2 nk hantuk kepala bagai. Alhamdulillah semoga aku dot pulih sepenuhnya. Kenalah habiskan antibiotik semua yg dr bagi kan.



Amoxicilin Antibiotik



Antibiotik Metrogyl 400mg


Papain (Beazyme)


Arcoxia ( painkiller yg kuat beli di farmasi aats surat doctor shj)



Untuk semua yg bermasalah gusi gigi sakit sampai ke urat kepala aku bagi nasihat jgn tggu, kalau kata takut jumpa doc aku org pertama kat dunia sanggup lari dr tgk jarum kat klinik tu. Tapi aku hilangkan ketakutan disebabkan kesakitan. Igt yer sakit gugi gusi bukan boleh bawa main boleh hilang nyawa juga igt tu. Doc xkan suka2 cabut depa akan beri kita ubat dahulu kemudian barulah kita buat keputusan bila dh reda kesakitan samada nk rawat atau x gigi tersebut.

Owh pada yg tertanya2 klinik doc jaspreet ni kat mana boleh google KLINIK PERGIGIAN PARMJIT jalan sentul pasar KL. Trust me doc jaspreet mmg terbaik.

Chauuu chinnnn chauuuuu 😘πŸ₯°πŸ₯°


Friday, March 12, 2021

Ponstan / Pontalon ~ Pain Killer atau Silent Killer?

 




Assalamualaikum,

Review pendek je just pasal tadi aku baru sat makan benda ala ni!!Kepala aku sakit lerrrr😫😫

Just nak bagitau benda ni adalah sejenis ubat kawalan sejenis ubat menahan sakit contoh sakit gigi, sakit kepala, senggugut mean menahan sakit lah. Tapi apa yg aku nk review ni sebenarnya lebih kepada pesanan khidmat masyarakat.

Untuk pengetahuan semua aku jenis yg selalunya mengalami sakit kepala yg teruk, salah satu sebab pun pasal aku ni ada darah tinggi skit, sikit je tp masih tahap darah tinggi yer!!

Aku jenis manusia paling malas dgr cakap doc, lebih2 lagi kalau bab2 menahan sakit ni. Solution aku selalunya aku akan telan ubat ni, byk nama tp selalunya aku g farmasi aku akan cakap nk ponstan at the end dia akan beri aku Pontalon ni lebih kurang sama jenama je lain.

Aku cuma nak pesan yer jangan ikut perangai buruk aku ni, pada yg baca blog aku ni jgn bergantung pada pain killer camni atau sewaktu dgnnya. Pergilah berjumpa doc dan paling mujarab kita jaga diri masing2 amalkan pemakanan yg sihat dan diet seimbang.πŸ˜‹πŸ˜‹ 

Ponstan / Pontalon ni byk jenis. Selalunya yg aku makan jenis yg ni 500mg sebiji. Dan ini hanya di makan sebiji ya aku bgtau sebiji jgn gatal nk telan dua biji plak!!! 😀😀

Aku dh amalkan makan painkiller ni sejak dari zaman Univ lagi, yer aku mmg ada darah tinggi dan aku mmg xde masa nk g jumpa doc bila
pergi je depa akan bg aku ubt darah tinggi dan xleh stop makan ubt tu. (pada semua
tolong lah dgr apa doc cakap jgn degil macam aku ni) πŸ˜”πŸ˜”

Ponstan / Pontalon selama ni mmg mujarab tuk aku, tapi aku nk bagitau ubat ni mmg xbagus dan xelok sgt2 di amalkan. Sekali sekala boleh tp bukan setiap kali sakit makan.. Dia pembunuh dalam senyap, apa yg aku dgr mungkin bakal rosakkan system buah pinggang atau hati bla bla.

Ok aku xmo lebih dari doc cuma apa yg aku nk pesan sape yg pernah makan ubat painkiller camni tolong jangan amalkan macam makan nasi yer. Utk aku plak aku dh kurang makan painkiller ni pasal aku dh dpt seimbangkan diet seharian aku dan jaga kesihatan dgn baik so aku kurang dpt sakit kepala lately.

Apapun yg masih amalkan tu igt buat pemeriksaan doctor secara berkala ya, ni bukan gula2 masalah akan timbul nnt kendian hari. Apapun jaga kesihatan diri masing2 😁😁😊

Chau chinnn chauuu peepsss πŸ₯°πŸ₯°


Thursday, March 11, 2021

Ginkgo Bacopa Plus by Life Senze ~ Bukan Iklan Berbayar

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Ok baru sat aku selesaikan satu isu kereta nk dilupuskan kat jpj wangsa maju tadi. Kereta sendiri dh lama and malas nk jaga. Pening skit beratur panjang tadi kat JPJ tu sejak pkp ni mmg ssh sgt nl buat urusan kt sana.

Ok cerita bab jpj ni nnt aku ulas balik sikit masa. Pasal hari ni aku nk ulas plak cerita produk kesihatan dari Life Senze.

Pergi dgr tak pasal life senze!! Jujurnya aku xkenal pun jenama ni tapi aku dh familiar pasal produk dari life senze just because ahli keluarga aku ada pakai produk dr jenama ni.

Ok mari aku ulus penuh pasal prodek dr life senze ni.Untuk pengetahuan ibu aku yg gunakan produk dr brand ni dan namanya adalah Ginkgo Bacopa plus.


 ok inilah dia Ginkgo Bacopa. Sebenarnya mak aku dh gunakan ginkgo bacopa sejak dr 2 tahun lepas lagi.

Yer sebenarnya ada sebab kenapa mak aku beli, mak aku hidap masalah telinga berdengung! Kesian mak aku runsing sepanjang masa. Boleh tak bayangkan keadaan vertigo (pening berpusing2) plus dengan telingan berdengung macam kita masukkan kepala dlm bekas baldi ke tong ke bunyi echo yg non stop. Haizz pada yg mengidap penyakit yg sama ni mmg kesian sgt2 dah la mak aku dh warga emas 70tahun lebih alih2 dpt masalah telinga ni.

Ok sebenarnya mak aku sebelum masalah telinga ni mmg dia dh start mula kurang oendengaran telinga sebelah kiri. So makin lama makin kurang pendengaran dan mulalah tetiba ada sound plak dlm kepala dia bunyi amaran berdengung tu. Masa tu mmg xtau nk buat apa so trus pergi klinik swasta pakar ent (ear nose and throat) dato apa tah xigt kat jalan ipoh tu. Bukan murah wei ujian dia pada telinga mak aku sekejap ie pastu dgn penerangan consultansi dato tu cakap telingan belah kiri mak aku cecair di belakang gegendang telinga dah habis. mean kering and menyebBkan pendengaran mak aku tasa berdengung.. than bla bla bla.. seribu lebih kena dia bagi ubat apa tah mak aku keep on going makan tu dlm sebulan. 

Bila makan ubt yg doc bagi tu mak aku cakap xde lah dengung kuat sgt tapi still ada, aku pun ada suruh mak aku buat further check up dgn hkl kerajaan. Bila pergi checkup pula di hkl doc suggest mak aku guna alat pendengaran yg diayorkan. Import tau tak dari jerman harga bukan kaleng2 rm3k u hehehhe

Tapi alhamdulillah pasal mak aku ni pesara kerajaan nirse plak tu depa cakap FOC shj. wow sukenya plak aku dgr alhamdulillah dpt bantuan percuma camni. 

Time passby tggu lama gak la nk dptkan alat tu maunya setengah tahun. Mak aku plak telingan mcm tu gak dengung and dia akan jadi muram bila sakit kepala. Aku google plak cari apa punca semua ni.Tetiba lalu plak citer pasal di negara jepun pasal penggunaan herba ginkgo ni baik di jepon maupun di korea. Ginkgo sebenarnya terbukti bagi merawat cecair dlm telingan yg berkurangan dan telinga berdengung.

Aku apa lagi mulalah aku godek2 jenama yg ada di farmasi yg berasaskan ginkgo ni. Pada permulaannya aku ternampak jenama Thomson kotak hijau pekat alaa yg model nya eiji (camtu ke eja nama dia dr hot fm tu) mmg thomson lah alu beli mula2.. Memamng mujarab weii mmg makin berkurangan dan dengung telinga mak aku xsekerap mcm dulu. Hanya sekali sekala dia bunyi and xsmp menyakitkan telinga dia. Btw aku akan ulas lagi pasal Thomson ginkgo ni dilain masa.

Ok since guna mmg aku akui thomson ginkgo ni agak mahal gak la dan xsmp sebulan utk sekotak tu. Memandangkan demi mak aku kan nk sihat aku xkisah bab tu semua cuma mak aku sedikit bersuara agak mahal xsmp sebulan asyik nk beli. So satu hari aku pergi ke Healthlane Farmasi di bdr baru sentul pasal aku kebetulan ada urusan kat utc sana, aku sambil2 masuk aku trus usha harga thomson ginkgo tu. (biasalah survey harga kan mana tau lebih murah leh dpt hahah)

Mmg harga dia fix je camtu so mmg xde nya murah sgt hahah tapi amoi farmasi ni mmg macam tau2 aku riki harga dia cakap apa masalah aku, aku cakap mak aku masalah teling tu so ginkgo produk jela terbaik buat masa ni. Amoi tu cakap dr ambil thomson baik cuba makan Ginkgo Bacopa Plus pulak. Benda yg sama jenama berlainan. Harga lebih murah dan berpatutan. Lagipun yg jadikan thomson lebih mahal kerana jenama tu sendiri. Aku mula2 ragu2 gak tapi amoi tu tunjukkan kat aku kandungan dlm ginkgo bacopa ni. 


Dia terangkan pada aku sekotak ni boleh dlm sebulan xperlu ssh2 pikir xcukup sebulan. Dalam bentuk kapsul juga.


        

Dia suruh cuba dulu, harga sekotak ni adalah rm80 yer semua.  




Dalam kotak ada bungkusan camni. Dan dalam bungkusan ni ada tablet bentuk kapsul dalam tiga papan dalam ni. 





Dan alhamdulillah kesihatan mak aku xseteruk mcm dulu, pendengaran dia masih kurang jelas tp bab dengung tu dpt dikurangkan dan dia pun xstress bila kepala sakit because dengung tu. Jadinya sampai sekarang aku maintain belikan Ginkgo Bacopa plus untuk mak aku. Selagi dia ok selagi tu aku akan keep belikan dia produk ini. 

Tapi jujur aku cakap setiap pengguna ubt2 atau supplement result x sama ya, aku cuma syorkn benda yg elok yg digukan oleh aku dan keluarga. Tepuk dada tanya hati tengok kocek ya ( isinar bersinar ke x tuuuuu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚)

chauuuu chinnnn chauuuuuu πŸ₯°πŸ₯°





Friday, March 5, 2021

Thomson Osteopro~Bukan Iklan Berbayar

 Assalamualaikum, salam sejahtera.

Untuk hari ni nak review plak pasal satu lagi produk kesihatan yang rasanya agak baik juga permintaan nya di pasaran Malaysia. 




Ini dia jenamanya Thomson Osteopro

ok dengar and lihat pada jenama ni, Thomson ni jenama yg agak terkenal. Dalam tv pun dh banyak kali nampak iklan pasal jenama Thomson ni, pelbagai jenis yg dalam tv tu kotak berwarna hijau pekat Thomson Ginkgo kegunaannya plak next time aku review pasal tu plak pasal mak aku guna yg tu.

Ok berbalik pada Thomson Osteopro ni. Kalau yg bijak pandai atau xpandai pun tau lah nama osteo tu pun dh merujuk pada tulang kan? yer tu lah kegunaannya Osteopro kotak biru cair ni. πŸ‘ŒπŸ‘Œ

Baru2 ni macam biasalah godek channel tv buka goshop depa dok promote benda ni. Aku xbeli pasal so far aku xde masalah tulang lagi, even mak aku pun xmau beli dulu katanya mcm benda baru. Tapiiiii sepupu aku plak dok call suruh aku dok belikan katanya lutut dia sakit skang dah susah nk solat biasa kena solat duduk. Allah hai kesiannya muda lagi kot. Tapi guys penyakit datang xkira umur kan.πŸ˜…πŸ˜…

Ok baiklah aku dengan berdesupnya terus order Thomson Osteopro ni. Dan semalam barang ni dah sampai kat rumah aku. Aku cod je selalunya brg2 goshop ni order dulu bayar kendian depan pintu. Harga dia promote RM139 ringgit satu botol tapi dapat percuma lagi satu botol. Hah berbaloi ke x?? Tu aku xpastilah pasal aku xguna sebelum ni so xtau harga dia berapa.🀭 


Aku mmg kalau dpt brg mana2 mula2 aku spraykan guna spray dettol, kan byk kes covid skang ni so pencegahan je ni. Second aku koyakkan nama dan alamat penerima which is nama aku dan alamat aku lah. safety first pasal benda ni nnt dok lempar dlm tong sampah manalah tau kan org tah pe2 amik kesempatan dpt nama and alamat kita nnt. igt yer cegah dulu sblm apa2 jadi!!!😬😬


Kotaknya berseal baik, siap ada fragile note lagi.


walau bukan barang aku tapi aku kenalah check gak manalah tau silap barang ke hape ke kan at least leh tgk awal2 senang nk pulangkan nanti. 




Dalam kotak diberi pamplet mcm dalam gambar tu aku malas baca so aku xtake note ape dia tulis hehehe

So dalam tu memang dapat sebotol free sebotol Thomson Ostepro ni. Okla botol sederhana rasanya makan untuk sebulan ni.


Ni yang tertulis kat belakang kotak botol osteopro ni. Makan 2 biji 2 kali sehari. Emmm maknanya 4 biji sehari. Wow agak banyak gak kan!! 

Most kandungan bahan dalam osteopro ni berdasarkan tumbuh tumbuhan tiada bahan larangan dan ada jaminan halal dari jakim. So kalau rasa nak beli tuk diri sendiri atau mak abah kita sesuai lah kot. 

Ok aku akan review lagi dalam seminggu lagi lepas ni. Aku pun dh bagi sepupu aku barang dia ni. So nanti ada perkembangan apa2 baik atau tidak aku tetap akan review pasal pe kalau benda baik elok kita war war kan kalau xelok pun perlu diwar war kan semoga jadi iktibar dan rujukan pada yg lain.😊😊😁


Chauuuu chinnnn chauuuuu πŸ₯°πŸ₯°






Seborin by Schwarzkopf ~ Bukan Iklan Berbayar

SEBORIN Hair Tonic by SCHWARZKOPF

Emmmm~~ berbelit kan lidah nak sebut SCHWARZKOPF... ala2 german italiano tah la xgemar aku nak amik tau jenama ni daripada negara mana founder dia. 

SCHWARZKOPF nama x asing dalam pasaran negara kita Malaysia malah serata dunia. Produk2 dia macam2 kebanyakkannya yg aku tau la banyak berkisar pada penjagaan rambut dan sebagainya. Lain2 adalah tapi yg more aku tau bab hair style bla bla.

Mana tak nya kalau korunk jenis potong rambut kat salon even kedai2 apek nyonya kat pekan kecik pun guna jenama produk dari SCHWARZKOPF ni.

Ok harini aku nak ngomel skit bab produk dari schwarzkopf iaitu SEBORIN HAIR TONIC. Ramai tak yg guna seborin ni?? Nak bagitau aku salah seorang penggunanya ya.πŸ˜†


Hah camni la rupa botol seborin hair tonic tu. Untuk pengetahuan semua Seborin ni ada dua jenis sebenarnya. Yang gambar tu botol biru khas untuk rambut yg nipis dan hampir botak, so untuk lebatkan rambut malah memulihkan kulit kepala seborin botol biru ni yg sesuai.


ok ini pula seborin juga tapi botol kuning oren ape2 jela warna janji bukan botol biru. Yg hat botol ni plak khas untuk merawat kelemumur. Dan fungsi2 lain yg memang xtau sgt lah pasal aku xguna produk warna kuning ni heheheheh😁😁

Ok berbalik semula pada Seborin Hair Tonic botol biru ni. Aku dah lama ada masalah rambut hampir botak kat tgh2, kadang2 org tegur rambut aku dh menipis lah botak dh ketara la malu weiii memandangkan aku jenis free hair dan masih belum (bertaubat menutup aurat.. doakan aku guys) 

So sejak pkp ni aku ni rajin lah godek2 shoppee lah lazada la goshop wowshop (mcm artikel pertama aku sebut aku ni penganggur yer kena vss) dh rutin aku terbiasa asal pegang hp aku mesti nk masuk app2 tu semua. So dalam godek2 tu terlintas plak seborin ni!! πŸ˜†πŸ˜†




Tapi hat ni aku terjumpa dalam shoppee.. sebelum aku tekan jari aku untuk beli aku pun google la serba sedikit pasal seborin ni, hah resultnya semuanyaaa positif tak ada yg negatif pasal produk ni. Pasal selama ni dah banyak gak la produk2 aku tgk kat pasaran pasal hair tonik bagai ni dan aku xpercaya pasal byk review2 pun hado hadooo jek.. selain tu aku tgk juga Seborin Hair Tonic ni jenama milik Schwarkopf ok jenama terkenal (which is terkenal x semestinya elok kan?!!) tapi since aku tau bab2 rambut mmg jenama ni agak terkenal soo aku xpikir pjg beli terus. Yang aku beli pun sebotol je 300ml utk cuba2. 


Pendek cerita cara pemakaian seborin ni x rumit, senang je step dia pada yg tak oernah tau gunakan hair tonik sebelum ni. Gunakan selepas mencuci rambut bila hat rambut kita dah agak2 lembab2 nk kering gitu kita gunakan botol spray masukkan seborin botol biru ni sikit dlm botol spray than kita spray ke kulit rambut ya. Bukan spray dirambut ingat di kulit kepala akar2 rambut tu. Usap2 skit dgn tangan dan biarkan je. Kalau nk keringkan rambut aku suggest gunakanlah kipas jgn gunakan hair dryer tu.

Ok kenapa aku suruh guna botol spray? Pasal botol seborin ni datang tanpa ada tiub kecik kat muncung tu dia macam botol air lubang kecik je so kalau kita direct tuang dr botol besau ni ke kulit kepala alamatny bersepah2 lah cecair ni semua merata ke rambut bagai. Agak selekeh la jadinya nnt kan. So aku nasihatkan gunakan botol spray kecik senang nk spray ke kulit kepala.

Aku dah seminggu gunakan Seborin botol biru ni, testimoni aku mmg terbaik produk ni. Aku dah mula nampak anak2 rambut kecik tumbuh tgh2 kepala aku ni. Masih baru dan aku berharap sebulan nanti nmpk hasilnya sepenuhnya. 

Apapun kita mencuba semua produk jika x berkesan bukan salah sesiapa mayb produk tu xsesuai tuk kita. 

Aku akan review lagi update pasal produk ni selepas aku betul2 dapat hasilnya. Btw aku xmolah tunjuk pic rambut aku bukan pa tu aurat aku kot kang kekal plak dlm ni smp aku mati heheheh πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜‚πŸ˜‚

chauuu chinnnn chauuuuuu peeepsssπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°




 


Audela by Nad Zainal~Bukan Iklan Berbayar

Assalamualaikum Salam Sejahtera, 

Welcome back missy dedemoxx, nama aku guna untuk blogspot aku yg dulu sampailah aku sendiri terpaksa deletekan akaun tu atas sebab2 pengalaman tu semua aku xperlu lagi nk igt dalam fikiran.semua tu mengenai travelling aku serata dunia bersama org tersayang(dah history dan xmau dikenang) 

Now im back dan kali ni blog penceritaan aku hanya pada produk2 kesihatan yg aku gunakan sendiri, pengalaman aku sendiri dan tidak melibatkan org2 lain. 

Dan aku review tidak berbayar dari mana2 owner produk just my own experience semoga pengguna2 dapat info terbaik daripada produk2 yg aku gunakan.
Untuk page pertama kali ni aku nk review pasal produk audela.
Pernah dengar nama audela?? Or pernah dengar nama Nad Zainal? Tak pernah? 
ok itu tujuannya page ni hehehe 😝 

Baiklah mula dengan Nad Zainal.. beliau adalah pelakon drama / film kat malaysia. Baru2 ni x salah ada drama dia kat slot tv3 meletop2 (aku xtgk pun pasal time2 maghrib tu selalunya asar sblm maghrib aku mengaji quran (ehemm)

So nad ni pelakon yg hebat gak dan jenama audela guna nad zainal sebagai duta nya.
Ok short jela, sejak pkp sejak aku kena buang kerja sejak jadi penganggur terhormat ni keje aku ddk rumah xlain duduk makan tido bangun tgk tv main hp.. 
so dalam pada dok godek2 channel menarik kat tv tu terbuka lak channel berhantu mak mak GOSHOP!! hah ape lagi nmpk plak produk audela tgh di promotekan Nad Zainal sendiri. 

Aku mcm biasala xde minat nk guna produk2 camni. Walau testimoni tinggi melangit. Tapi aku tewas gak mak akulaaa dok suruh cuba lagipun katanya Audela ni boleh kurangkan berat badan, pasal kandungan utama audela adalah buah buahan contoh acai beri (ok ni mmg aku tau melawaskan pembuangan sisa dlm perut hehhee
Malas nk pikir lagipun duit i-sinar pun dh lulus aku tekan jela goshop nya app (yg mmg ada dlam hp ni pasal mak aku suka beli brg2 dlm goshop) haizzz 
Beli kat goshop dapat 3 kotak berharga rm159 (satu kotak ada 10sachet) aku kira2 sebulan la dpt guna pasal sehari sekali guna sebelum breakfast.😊😊 

 Utk pengetahuan audela dlm kotak ni dlm bentuk serbuk, dia bagi skali dgn botol kecik shaker. Tuang serbuk audela ni dlm air suam shake shake je la and minum.πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ 

 Seriuslah aku suke rasa dia, macam minum air ribena hehehheh 🀣🀣🀣 So sekarang dah masuk hari ke 13 aku guna mean sekotak 10 sachet dah habis dan aku dh gunakan kotak kedua. selama 13 hari guna aku nk bagitau aku minum pagi sebelum breakfast jam 9pagi dan perut aku akan memulas skit ke tandas dlm jam 2ptg dan proses pembuangan pun hanya sekali sehari tak ada nya lah cirit birit.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 

Dalam 13 hari aku nak bagitau aku sangat kagum dgn produk ni. selain side efek perut memulas je which is ok biasa je tuk aku produk ni dlm 13 hari aku dh dapat turunkan berat aku 4 kilo yer. (lagi skali aku bagitau aku tak dibayar nak promote produk ni) ko tau x perasaan aku bila mana aku xde craving sgt nk makan jeee kdg2 sampai aku lupa kena makan bila perut aku mula mcm nk gastrik mean aku xikut dah habit makan time xikut masa aku (habit nk menguyah je 24jam) 😬😬😬 

Aku just nk bagitau so far aku nk habiskan 30hari gunakan produk audela ni nanti aku sharekan lagi perkembangan aku macamana. πŸ˜…πŸ˜… 
Ikut hati yer nk beli sila beli xnak beli aku xrugi pasal aku xjual barang dan audela pun bukan kenai aku pon hahahahaha  

chauuu chinnnn chauuuuu peepppsss πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

Redoxon ~~ Bukan Iklan Berbayar

Assalamualikum, Hari ni aku nk review pula mengenai supplement yg aku ambil seharian iaitu Redoxon. Korang pernah dengar tak mengenai Redoxo...