Saturday, March 18, 2023

Sunway Lost World of Tambun - 2023


 Assalamualaikum

Kali ni lain sikit kita xnak review bab ubat2an dan sebagainya. Just kita nk share pengalaman terbaru cuti2 Malaysia sempena cuti2 sekolah tahun 2023.

Ikutkan ini trip kali kedua kami sekeluarga bercuti ke Lost World of Tambun ni. Kali terakhir pada tahun 2016 (lama gak lah kan dah hampir 7 tahun)

Dan inilah holiday betul2 kami sekeluarga luar dari Kuala Lumpur semenjak Covid melanda lepas tu kena MCO dan macam2 lagi so kira trip ni mcm excited jugalah walau kami dh pernah pergi sebelum ni.

Ok jum saya review sikit pasal Lost World of Tambun ni.

Pemiliknya as ramai dh tau under Sunway Berhad . So selain Sunway Lagoon yg ada di Lembah Klang, which is terlalu sesak juga boleh lah choose ke Ipoh especially tambun.




As usual benda pertama saya akan cari adalah tiket masuk ke Lost World ni, Untuk pengetahuan semua kalau beli dari laman web Sunway Lost World of Tambun memang agak mahal sedikit, tetapi ada lagi tempat boleh dipercayai dan untuk mendaptkan tiket2 pelancongan murah seluruh negara adalah melalui laman web KLOOK.

Untuk lebih pencerahan mengenai tiket2 murah Lost World of Tambun ni bolehlah lawati laman sesawang Klook di KLOOK




Seperti yg saya katakan beli di lawan web LWOT mmg agak mahal. Boleh tengok harga tiket mereka di LWOT tix

Berbanding pula dengan yg di tawarkan di klook yg jauh lebih murah, jadi pilihan di tangan anda ya. 

Kami sekeluarga memilih untuk menginap di bandar IPoh which is lebih selesa dan meriah dan yg penting harga berbaloi. SAya memilih utk menetap di Kinta Riverfront Hotel & Suite. Dan ini juga adalah kali kedua kami menginap di sini. Kalau zaman 2016 tu kami ambil bilik hotel kali ni pula kami ambil Suite Apartment 3 bilik mereka pula. Lupa Tarikh kami pilih adalah 3h2m (ahad - selasa ) 12hb March to 14hb MArch 2023.

Lebih berbaloi2 sebenarnya untuk kami 8 sekelaurga ambil apartment ni yg bersambung bersebelahan dgn Hotel mereka juga. 





Kesemua 3h2m ni harga penginapan booking gunakan Agoda adalah rm900 sahaja. Tgk keadaan apartment mereka dijaga bersih, semua tersedia, sofa bilik setiap katil diberi 2 bantal. Mean serba serbi semuanya cantik dan menarik dan yg penting bersih.






Antara Agoda dan booking, saya rasa gunakan Agoda lebih berbaloi xtau kenapa sllnya Agoda lebih sedikit murah dari booking. Hanya pendapat saya anda boleh gunakan platform2 lain untuk dapatkan harga lebih murah. 

Ahad 12hb March 2023

Perjalanan bermula dari rumah kami di Kuala Lumpur gunkaan 2 kenderaan. 1 kenderaan adik dan family serta kenderaan saya sendiri bersama emak dan anak2 buah (biasanya anak2 buah ni mmg kaki mengekor makngah xnak plak dia naik ngan parent depa aduhaiii.

Ikutkan pilihan hari adalah waktu yg sesuai tanpa kesesakan jalan raya, so mmg btllah tiada kesesakan saangta tp banyak kereta juga menghala ke utara.

Perjalanan memakan masa sepatutnya hanyalah 2 jam lebih, nak dijadikan cerita masing2 melewa2 jam 12 baru nak gerak keluar rumah, berhenti2 lagi di stesen minyak shell jln duta (port stesen minyak wajib berhenti sebelum jln ke arah utara untuk beli jajan2)




Since dari zaman dahulu kalau jalan jauh makan angin camni ibu kesayangan x kan pernah x prepare makan2 (mcm org pergi berkelah tu) complete nasi lemak dgn siap air coway dan sirap bagai. Bonda dh menganjak usi 70an tapi masih gigih dan kuat excited juga nk berjalan2 dgn cucu2 dan anak2 semua (since muda bonda saya mmg dh biasa travel jauh2 dgn arwah ayahanda) kami anak2 dh biasa travel sambil santai2 memandu. No rush sbnrnya niat hanya utk sampai ke hotel apartment penginapan saja check in pun dalam jam 3ptg. (Kami plan nk masuk LWOT pada hari Isnin untuk elakkan kesesakan seperti hari weekend biasa) 

Mayb kerana cuti2 sekolah lagi keadaan jalan raya tidaklah lengang mana mmg sesak juga tapi tidaklah perlahan, berbanding yg menghala ke arah selatan (KL) mmg jem teruk sesak dan tidak bergerak esp yg berdekatan exit keluar tapah or simpang pulai (ni mesti ramai yg cuti2 gi camroon highland ni)

Kami samapi ke Kinta Riverfront Hotel and Suite kira2 jam 4.30ptg. Masing bawa berhemah tapi sebenarnya nk elak kena speedtrap yg which is tau byk je sepanjang jalan ke utara ni..hahahah

Proses pendaftaran masuk smooth je. Bellboy pun ada membantu menghantar kemai ke Suite Aprtment bersebelahan ada laluan link ke apartment yg bersambung dgn hotel. 
Xjauh pun seronok ikut laluan tu pasal dpt tgk keadaan keseluruhan hotel dan apartment ni. 

Apartment kami di tingkat 17. 

Ok malam tu kami xg mana2 pasal bonda dh prepare bawa portable stoove siap cutleries bagai bawang cili opi minyak milo sardin roti telo megie beras pergghhh dan lain2 lagilaaa

Malam ni makan malam kami adalah sambal tumis sardin marvelousss oiiii nikmatnya makannnn (love u bondaaaa)


Isnin 13hb March 2023

ok make it short laaaa, kami breakfast di lobby hotel, tak pernah mengecewakan bfast bufet hotel ni, omelette makan smp 3 tau hahaha bestnyaa roti bakat bagi jenama buttercup yg kecil2 tu nmpk agak mewah sikit bab ni,jarang hotel nk sediakan buttercup kecik2 camtu tuk pelanggan2 mereka. (bfast tu xdpt nk describe byk sgt ada few pic je sempat snap hahah)




                                    
                                    ANTARA ANAK2 BUAH KESAYANGAN MAKNGAH 



Selepas bfast kami perlu bersiap2 segera untuk ke Lost World of Tambun. Perjakan ke Tambun dari hotel tidaklah jauh mana hanya memakan masa dalam 25 minit tapi since waktu hari bekerja ada few jalan yg agak sesak. Dgn traffic light dan sebagainya.




Akhirnya setelah 25 minit perjalanan kami sampailah di LWOT. Terkejut gak lah ingatkan tiadalah ramai sgt org time2 weekdays ni rupanya tekaan kami salah hahaha penuh sesak juga lot parking dan dh kelihatan ramai org beratur untul tukarkan tiket onlibe pada tag tangan sebelum boleh masuk ke LWOT.

Utk pengetahuan masuk ke parkign tidak dikenakan bayaran ya hanya bila keluar shj mereka kenakan parking rm1.

Sila sediakan kad pengenalan masing2 ya sbelum tukar. Yg pasti nk pastikan kita xmenipu masa pembelian tiket dewasa dan kanak2 ataupun anda warga malaysia atau pun org luar negara (harga mereka berbeza)

Proses xlama dpt tag tangan pergi depan pintu masuk ada org2 LWOT akan pasangkan tag tgn tu.




Pastikan jangan bawa apa2 brg makanan di dalam ni, macam biasa mana2 theme park kita g mmg xbenarkan makanan dan minuman dr luar di bawa masuk. Jgn risau makanan dan  minuman yg dijual didalam LWOT ni sangat berbaloi sedap dan tidak semahal yg di jual di Sunway Lagoon. 

So selebihnyaa bolehlah lawati website LWOT pasal excited punya pasal byk pic dan vid xsempat ambil

Owh lagi satu semua permainan di dalam LWOT ni adalah percuma KECUALI rumah hantu kena bayar rm10 ya untuk masuk.







Ihsan Google: Kedai2 yg ada sedap2 je makanan dia


Sewa tube rm20 + rm10 deposit (return) boleh main kat sini


Kopitian paling Popular Jalan sikit Jumpalah kopitiam ni Kopi sedapp ooo




Ikutkan waktu ni mmg panas lit lit sgt2.. Nasib baik byk tempat duduk dan selesa ada kipas. Kalau x maunya xtahan duduk dlm ni. Apapun kami semua enjoy dalam ni ralit tgk2 jam dah nk jam 6 dan dlm kolam utama ada hiburan siap dj mengakhiri hari, dan tgk ada ramai lagi yg masuk untuk ke kolam air panas pula bermula dari jam 6ptg. Owh tiket yg dibeli di klook termasuk sekali dengan kolam air panas dan pertunjukan show malam ya. Tapi kami semua dh kepenatan jadi xtggu sampai malam laa. Siap2 pergi bersihkan diri di tempat mandi khas tuk salin pakaian semua. 

Jam 7 ptg semua dah siap dan masing2 bergerak lah pulang ke apartment kami ke Kinta Riverfront. Penat ooo badan sbnrnya. LAgi satu peringatan kalau dah masuk dalam xdibenarkan untuk kelaur sekejap ke apa ke consider kita tak boleh masuk balik tau. So pastikan semua brg2 dah di bawa masuk ok. DAH KELAUR TAK BOLEH MASUK BALIK INGAT NI.

Waktu malam kami dinner masing2 xde idea nk kelura malas. Ada yg nk makan megi ada yg makan roti, adik ipar decide nk turun tgk2 kedai di seberang sungai kinta ada mcm hiburan kat bawah tu berdekatan sungai kinta tu. Depan tu boleh nampaklahh kedai mat letop tah ape tah nama nya xigt mcm2 ada jual; adik ipar beli tapau bawak naik ke apartment, macam2 ada western ada grg2 ada ..beli bbrp chicken chop dan bbrp meatball serta kuay teow grg.

Seyes sedap ooo makan2 mat ni..alahai lupa la nama dia tp dr bilik hotel nmpk la kedai ni dr verandah.

Selasa 14hb March 2023

Time to go home, short make it simple bufet bfast masih di hotel. MAkanan mereka suprb sedap mcm biasa. Lupa nak beritahu variety food yg mereka ada. Ada mee sup mee kari bubur nasi salad2 nasi lemak mee and meehoon grg western bfast sosej omelette baked bean roti2 kuih2 mereka agak sedap muffin red velvet sgt2 sedap lembut, ada kopi tea apple and orange juice biskut2 half boiled egg dan mcm2 lagi lahh xsempat merayap kt bahagian luar2 sana heeee

Jam 11.30pagi kami siap berkemas dan check out dr apartment. serahkan kunci dekat lobby bellboy tlg angkut brg2 kami semua sampai ke parking di basement.

Jalan menuju balik ke kuala lumpur memakan masa agak lama juga kami berhenti lunch dia RNR dan sebelum sampai persimpangan serendah jem truk tiba2. (sebenarnya xde idea kenapa tiba2 sesak sedangkan sblm tu jalan smooth je) rupanya ada kes kemalangan trelet gi hentam belakang kereta suv dinaiki satu family berdekatan area rawang sana. (itupun sy dpt tau kes ini keesokan harinya selepas tgk tiktok. Alhamdulillah mmg kereta tu teruk total lost tapi family tersebut selamat ada lah kecederaan yg kesiannya aaank2 kecil ramai kot) 

Nampak sgt treler tu laju nak matey bahlol sungguh. Dgr cara dia brek kuat sgt2 sebelum hentam kereta tu. Padahal waktu tu kenderaan lain semua slow dan ada yg sedang statik berhenti kerana jem. Haiz ni yg fobia tgk kenderaan besar2 ni kalau ddk line blkg kita. 

Apapun semuanya selamat walau lewat smp ke kl dalam jam 6 lebih. 

Mohon maaf kalau ada kekurangan info dlm catatan ni.Bebelan byk maklumlaa percutian pertama setelah dh lama xbercuti sekeluarga sejak PKP covid ni semua kekok plak jadinya.

Saya ucapkn terima kasih. Wasalam









No comments:

Post a Comment

Redoxon ~~ Bukan Iklan Berbayar

Assalamualikum, Hari ni aku nk review pula mengenai supplement yg aku ambil seharian iaitu Redoxon. Korang pernah dengar tak mengenai Redoxo...