Friday, July 30, 2021

Krim Susu Kambing ~ Bukan Iklan Berbayar

 Assalamualikum, Salam PKpppppppppp (aduhhh bila nak lepas bebas ni)

Lama tak buat review new item yg biasa aku atau family aku guna. Ok kali ni nk review lah krim ni, KRIM SUSU KAMBING. 

bab kambing ni kan org Malaysia mmg tk asing dlm penggunaan barang2 yg di hasilkan dari haiwan bernama kambing ni kan.

Krim ni sebenarnya dah lama mak aku guna, ni sejenis krim sapuan yer tuan n puan bukan krim susu boleh di makan (aku tak bertanggungjawab kalau korunk nk makan eh)




 Krim Susu Kambing ni penggunaan dia khas untuk external used only penggunaan luar bukan untuk di makan dilarang sama sekali makan yer. 

Penggunaan krim ni memang sedap berangin je mcm minyak2 urut yg lain tapi beza nya krim ni dia tak melekit dan bila kebas2 ke sakit perut kembung perut and untuk warga2 emas amat sesuai skali. Kanak2 pun boleh tapi better gunakan sedikit sahaja pasal ubat ni krim sapu so menthol tu dlm kandungan krim ni memanaskn tempat kita sapu. 

Aku mula2 beli krim ni masa aku g negeri kat utara nun kat alor star untuk spesifik, masa tu saja2 la lalu kt pekan rabu tu melawat2 ternampak ade sorg makcik ni dok peramah sgt dia dok main calit2 kat tangan kita (amboi makcik igtkn calit mende la kan) hahah 

Dah rasa mcm berangin sedap panas2 tu mak terus nk beli so dari situlah mula pakai krim ni.

Ikutkn sekarang dah dekat 8 tahun guna krim ni, tapi untuk pengetahuan semua x semestinya nk beli krim ni kena g kedah sanun, zaman ni klik2 je sampai nooook, shoppee ade lazada ade semua tempat yg korunk tau nk order2 online semua ade rasanya.

Tapi aku sll skang order melalui shoppee, perlu aku ingatkan yer hati2 membeli melalui talianni, tak semua barang2 tu ori byk tiruan juga ya. Untuk lebih spesifik aku sllnya tgk nama pengeluar tu PERNIAGAAN WARISAN BELANTARA. tapi mcm aku cakap tiruan pun ade so kalau nk beli ikut botol yg aku dh paste tu, ramai je penjual tapi ikut lokasi lah yer mana yg sesuai korunk klik order je.


Untuk yg ragu2 kandungan apa dalam krim ni boleh baca yg aku paste tu, so krim ni untuk pemggunaan apa pun dh tertulis tu, krim ni murah je kalau beli online boleh dapat dalam harga rm5 to rm7 sahaja. Mahal dari tu aku x recommended pasal harga memang among tu jek.

Rating : 10/10 (berkesan lebih2 untuk yg kebas2 dan kembung perut)

Ok done review aku chau chinn chauuuu.. cheersss guys stay safeee~~

No comments:

Post a Comment

Redoxon ~~ Bukan Iklan Berbayar

Assalamualikum, Hari ni aku nk review pula mengenai supplement yg aku ambil seharian iaitu Redoxon. Korang pernah dengar tak mengenai Redoxo...