Friday, March 5, 2021

Audela by Nad Zainal~Bukan Iklan Berbayar

Assalamualaikum Salam Sejahtera, 

Welcome back missy dedemoxx, nama aku guna untuk blogspot aku yg dulu sampailah aku sendiri terpaksa deletekan akaun tu atas sebab2 pengalaman tu semua aku xperlu lagi nk igt dalam fikiran.semua tu mengenai travelling aku serata dunia bersama org tersayang(dah history dan xmau dikenang) 

Now im back dan kali ni blog penceritaan aku hanya pada produk2 kesihatan yg aku gunakan sendiri, pengalaman aku sendiri dan tidak melibatkan org2 lain. 

Dan aku review tidak berbayar dari mana2 owner produk just my own experience semoga pengguna2 dapat info terbaik daripada produk2 yg aku gunakan.
Untuk page pertama kali ni aku nk review pasal produk audela.
Pernah dengar nama audela?? Or pernah dengar nama Nad Zainal? Tak pernah? 
ok itu tujuannya page ni hehehe 😝 

Baiklah mula dengan Nad Zainal.. beliau adalah pelakon drama / film kat malaysia. Baru2 ni x salah ada drama dia kat slot tv3 meletop2 (aku xtgk pun pasal time2 maghrib tu selalunya asar sblm maghrib aku mengaji quran (ehemm)

So nad ni pelakon yg hebat gak dan jenama audela guna nad zainal sebagai duta nya.
Ok short jela, sejak pkp sejak aku kena buang kerja sejak jadi penganggur terhormat ni keje aku ddk rumah xlain duduk makan tido bangun tgk tv main hp.. 
so dalam pada dok godek2 channel menarik kat tv tu terbuka lak channel berhantu mak mak GOSHOP!! hah ape lagi nmpk plak produk audela tgh di promotekan Nad Zainal sendiri. 

Aku mcm biasala xde minat nk guna produk2 camni. Walau testimoni tinggi melangit. Tapi aku tewas gak mak akulaaa dok suruh cuba lagipun katanya Audela ni boleh kurangkan berat badan, pasal kandungan utama audela adalah buah buahan contoh acai beri (ok ni mmg aku tau melawaskan pembuangan sisa dlm perut hehhee
Malas nk pikir lagipun duit i-sinar pun dh lulus aku tekan jela goshop nya app (yg mmg ada dlam hp ni pasal mak aku suka beli brg2 dlm goshop) haizzz 
Beli kat goshop dapat 3 kotak berharga rm159 (satu kotak ada 10sachet) aku kira2 sebulan la dpt guna pasal sehari sekali guna sebelum breakfast.😊😊 

 Utk pengetahuan audela dlm kotak ni dlm bentuk serbuk, dia bagi skali dgn botol kecik shaker. Tuang serbuk audela ni dlm air suam shake shake je la and minum.😋😋😋 

 Seriuslah aku suke rasa dia, macam minum air ribena hehehheh 🤣🤣🤣 So sekarang dah masuk hari ke 13 aku guna mean sekotak 10 sachet dah habis dan aku dh gunakan kotak kedua. selama 13 hari guna aku nk bagitau aku minum pagi sebelum breakfast jam 9pagi dan perut aku akan memulas skit ke tandas dlm jam 2ptg dan proses pembuangan pun hanya sekali sehari tak ada nya lah cirit birit.😂😂😂 

Dalam 13 hari aku nak bagitau aku sangat kagum dgn produk ni. selain side efek perut memulas je which is ok biasa je tuk aku produk ni dlm 13 hari aku dh dapat turunkan berat aku 4 kilo yer. (lagi skali aku bagitau aku tak dibayar nak promote produk ni) ko tau x perasaan aku bila mana aku xde craving sgt nk makan jeee kdg2 sampai aku lupa kena makan bila perut aku mula mcm nk gastrik mean aku xikut dah habit makan time xikut masa aku (habit nk menguyah je 24jam) 😬😬😬 

Aku just nk bagitau so far aku nk habiskan 30hari gunakan produk audela ni nanti aku sharekan lagi perkembangan aku macamana. 😅😅 
Ikut hati yer nk beli sila beli xnak beli aku xrugi pasal aku xjual barang dan audela pun bukan kenai aku pon hahahahaha  

chauuu chinnnn chauuuuu peepppsss 🥰🥰🥰

No comments:

Redoxon ~~ Bukan Iklan Berbayar

Assalamualikum, Hari ni aku nk review pula mengenai supplement yg aku ambil seharian iaitu Redoxon. Korang pernah dengar tak mengenai Redoxo...